Tentang
Luqmanul Hakeem, lebih dikenali dengan nama pentas Luqmone, ialah seorang singer-songwriter yang berasal dari Setiawangsa, Kuala Lumpur. Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar 2020, dengan minat dalam penulisan lagu dan penghasilan karya berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap kehidupan seharian.
Luqmone memperkenalkan dirinya melalui single pertama, “Gadis Ayu”, sebuah karya indie pop yang mengangkat kisah kekaguman terhadap seseorang yang tidak dikenali. Beliau turut terlibat sebagai penulis bersama lagu “Bulan dan Matahari” oleh Kingsley Chen.
Ahli sejak 18 Ogos 2026